Pages

Tuesday 29 October 2013

Aku Dan Shaklee 3rd Diary

Topik : Suplimen ajer.. + jalan2..

Dah 2 hari aku xturun swimming. Mmg mengharapkan suplimen Shaklee semata2. Hari sabtu n ahad hari tu xleh pake sbb ada group wat function kat pool area so aku cuma wat sit up dan telan suplimen. sebenonye kalo nak jog round terrace ni pun boleh cuma aku prefer swimming. mungkin ada sedikit malu untuk aku jog kat tempat yg org kenal aku.. huhuhu..

rupenye dah seminggu aku dalam percubaan menDIETkan diri nih..wat masa nih aku xder rasa apa sgt yg magnificent terjadi pada batang tubuh aku. cuma yang pasti aku dah leh adapt dgn cara pemakanan aku n aku dah dapat gak lah control nafsu makan aku. aku paksa perut aku xminta nasik walaupun usus aku nih meronta2 nak kan nasik.. tapi skang dah steady ngan breakfast. aku cuma ambil roti 2keping disisipkan slice of chees from Mothers choice brand dan Milo o gula 1 sudu diadunkan bersama suplimen Shaklee yang bergelar ESP. dan ini sahaja boleh membuatkan aku tidak lapar hingga dlm kol 3-4ptg. Steadykan? hehe..

hah! semalam petang aku xswimming gak sbb pool baru dibubuh klorin so aku cuma nak rilek2 la kat umah ngan Pn nurse. Layan Voice season5 yg aku rakam ngan PVR aku bersama Pn nurse tersayang. baru tgk dalam 20 minit aku dah mengantuk. terlelap kejap sebelum disapa oleh Pn nurse. huh! dengan xsemena2 aku tros ajak Pn nurse gi lepak2 kat luar. Destinasi - Medan Pasar Pagi Pasir Panjang. Ketuk umah sebelah nak ajak adik aku skali n anaknye.

yg tu la my luvly Pn nurse dan anak adik aku a.k.a anak sedara aku yg 1st.. hahaha.. then yg 2nd plak ialah gmbr kami lepak kat pasir panjang tu.. lepak santai sambil mkn udang goreng butter. udang dia mmg terbaeeeek..

kalo ada rezeki lagi aku nak bawak whole family aku dtg sini cuma kedai yg laen plak la sbb kedai ni lmbt amek order.. wahahahaha..  

Friday 25 October 2013

Aku Dan Shaklee 2nd diary

Topik : Diet dengan Shaklee

semalam baru 3 hari aku mengamalkan hidup sihat serta bantuan dari suplimen Shaklee. kalo nak kata ada perubahan tuh nampak sgt tipunye. tapi apa yang aku nak kongsi kat sini ialah pentingnya DISIPLIN.

Beb!! aku nih bukan la tetap hati sgt. tapi tanpa aku sedari aku dah 3 hari menTETAPkan hati aku untuk turun swimming kat pool tmpt aku nih.. kalo x selama nih aku tengok je.. lagipun opis aku keje depan pool ni je pun. hahaha.. kalo dulu mau 2 minggu sekali baru nak turun tu pun sebab ada sedara mara or kawan2 dtg umah pehtu ajak teman mandi pool.. kalo x mmg xjejak pun.

Kembali pada menSwimmingkan diri.. kalo dulu aku perasan aku hanya berendam dan menyelam sekali sekala.. dan bile berenang ada la dalam 4 kali kuak tros berhenti.. penat, mengah sume ada. tapi semalam aku rasa bangga bile aku dah meletakkan tanda aras baru untuk aku berenang.. aku telah berjaya berenang sepenuhnya sepanjang pool tu.. mmg aku bangga gile.. 1st day xsampai separuh aku dah stop.. 2nd day lbih separuh sket.. 3rd day iaitu smlm aku berjaya sampai hujung.. mmg gembira gile.. cuma yang xbes nya bile malam kaki kanan aku yg xciden 13tahun lepas rasa sakit..

untuk penambahan lepas solat kat umah terus aku cangkuk kaki aku kat bawah katil wat sit up. 1st day 5x je aku mampu.. huhuhu.. 2nd day dapat la 11. semalam aku cecah 20 tapi dia punya perit!!! masyaAllah.. sakit tulang blkg aku nih..

ok!! kompem pelik bile tajuk ada pasal Shaklee tapi satu nama suplimen pun aku x sebut. hahaha.. kalo nak kire 1 hari aku kena telan 22 biji ubat. lps lunch 10 biji, lps dinner 10 biji dan sblm nak berdengkur 2 biji.
suplimen2 nih sume adik aku yang sponsor dulu.. ada gak yang aku bayar.. tapi sebotol je.. yg lain2 dia sponsor n amek dulu bayar kendian.. korg jgn plak nak PM dia mtk nak amek dulu bayar kendian.. Aku kan ABANG!! hahahaha..

tapi betul beb! kalo korang nak kurangkan berat badan mmg xder cara lain selain menDISIPLINkan diri dalam bab2 makan nih.. tu je la yang aku bleh bitau..

Wednesday 23 October 2013

Aku dan Shaklee..

Topik : Diet dengan Shaklee

Satu petang aku tgk Astro TLC tajuk aku xigt.. Rancangan tentang berjayanya seorang yang GEMUK gile menjadi kurus wlaupun xla kurus sgt.. cuma bile dia reverse balik life dia masa gemuk mmg semua xleh nak wat. sampaikan masa nak main ngan anak2 pun terpaksa baring sbb nak bagi anak2 panjat perut. Aku lgsg seghiau ooo.. apa jadik kalo aku xkawal nafsu mkn aku.. apa jadik bile aku dah ada anak nnt nak main ngan dia camne.. apa jadik bile anak ajak naik roller coaster aku xleh naik skali.. huh!!

Skang ni pun dah ada simptom2 yang camtu kat aku kalo aku xbertindak skrg.. Beb! aku list kan apa yang aku susah nak wat skrg.. walaupun malu nak sebut tapi ini akan jadik peringatan kat aku di lain hari kalo aku nak gemuk balik.
  i. masuk kete mmg xde mslh cuma dah xselesa - "telor terkapit" agagaga..
 ii. nak sepit kuku kaki kompem lelah - tarik nafas/tahan nafas/tarik kaki rapat ke perut.. huh!!
iii. nak pake stokin pun susah - pasal tu aku dah jarang pake kasut.
iv. amek barang kalo jatuh ke lantai kena duduk - susah nak tunduk kena tahan nafas..
 v. kalo solat berjemaah kat masjid aku jarang dapat duduk tahhiyat akhir masa tahiyat akhir - salu duduk tahiyat awal masa tahiyat akhir sbb xmuat nak bersimpuh..
vi. DAN yang PALING MENGECEWAKAN aku bila nak berak.. kalo tandas awam kdg2 kecik muat nak mencangkung je.. kang bile basuh berak amat tidak selesa dan kadang2 rasa xsuci plak aku basuh tu..

Haahhh!! xbeskan bile dah jadik cam aku nih.. Pasal tuh la aku nak kawal nafsu aku dan sekaligus berjaya mengkuruskan badan.

Kebetulan adik aku jual shaklee.. setelah ditarbiah olehnya aku akur dgn segala kata2nya.. maka aku pun ambil la suppliment Shaklee bagi membantu aku dalam perjuangan berserta semangat kental yang membara!!