Pages

Monday 29 December 2014

Nukilan Rasa - T.R.U.S.T

A True Man Doesn't Breedh Trust..
But Insures Its Existence..

#Lyer'A

Sunday 28 December 2014

Nukilan Rasa - R.I.N.D.U..L.A.W.A.N..E.G.O

Hati Merayu Untuk Bertanya..
Jari Menaip Menyusun Kata..
Tinggal 'Berani' Untuk 'Send' Sahaja..

"Bila Rindu Melawan Ego"

#Lyer'A

Nukilan Rasa - A.P.A..G.U.N.A

Apa Guna Menanti..
Kala Hati Sudah Mati..
Apa Guna Menunggu..
Kala Jiwa Sudah Jemu..

#Lyer'A

Nukian Rasa - M.E.L.A.N.G.K.A.H

Melangkah Pergi Bukan Lari..
Cuma Rasa Penat Berdiri Disini..
Menanti Suatu Yang Belum Pasti..
Biar Ia Jadi Memori..
Dari Ia Terus Mati..

#Lyer'A

Saturday 27 December 2014

Nukilan Rasa - J.I.W.A

Apa Guna Menanti..
Kala Hati Sudah Mati..
Apa Guna Menunggu..
Kala Jiwa Sudah Layu..

#Lyer'A

Monday 22 December 2014

Nukilan Rasa - R.A.S.A

Rasa Itu Dtg Dan Pergi..
Sbb Bukan Utk Dimiliki..
Cukup Sekadar Memahami..

#Lyer'A

Nukilan Rasa - K.E.N.A.N.G.A.N

Melukis Pelangi Petang..
Bila Hujan Berarak Pergi..
Begitu Juga Kenangan..
Hilang Diam Bersama Memori..

#Lyer'A

Nukilan Rasa - H.A.T.I

Andai Kau Ingin Tahu..
Tempatmu Dimana Dalam Hati Aku Ini..
Anggap Saja Aku Sudah Tidak Punya Hati..
Kerana Hati Aku Ini Sudah Penuh Dgn Kasih Syg Kau..
Tiada Lagi Ruang Kosong Dalam Hati Ini Untuk Aku Letakkan Yang Lain..

Nukilan Rasa - K.E.S.I.L.A.P.A.N

Biarlah..
Perpisahan Berlaku.. Jgn Dirintih.. Tak Perlu Difahami..
Cuma..
Kesilapan Berlaku.. Bila Mencintai Org Yg Salah..
Untuk Persediaan.. Bila Cinta Itu Utk Org Yg Betul..
#Lyer'A

Nukilan Rasa - Kekuatan

Kekuatan Hati Lebih Diperlukan Disini
Disaat Aku Jauh Dari Hati Yang Separuh Lagi
Bila Tiba Masa Hati Itu Bertemu
Aku Yakin Hati Pasti Menjadi Satu..
#Lyer'A

Friday 24 October 2014

Dajjal : Kita Juga Milikinya

Credit : Unknown sbb dr group whatsapp. Harap kalau unknown person tu terbaca kt blog aku ni.. aku mohon halalkan ye utk perkongsian bersama

Dajjal...

Malam tu, macam biasa, aku akan habiskan beberapa helaian bacaan aku sebelum lelapkan mata.

Sambil anak aku kat tengah diantara aku dan isteri aku sibuk beraksi menyusu. Kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap punggung dia tindih muka aku. Tu rutin dia sebelum tidur.

" Dajjal tu dah ada ker awak? Dia dah keluar ker?", tiba2 isteri aku bertanya.

" Dah ada dah. Cuma mungkin ada yang tak perasan," jawabku ringkas sambil menutup buku dan mengalihkan kaki anak aku yg dari tadi terletak atas leher aku. Tidur jugak akhirnya.

" Dah ada? Kat mana?," tanya isteriku sambil berpaling mengadapku.

" Media. Segala jenis media. Itulah dajjal. Media cetak, media massa, media hiburan, media internet, dan segala mak nenek media adalah dajjal, " jawabku sambil melipatkan kedua tangan kebelakang kepala aku dan memandang tepat pada siling rumah.

" Aikk? Media?? Nape pulak?," tanya isteriku lagi.

Kali ini dia kelihatan begitu serius sekali. Sambil sebelah tangannya dijadikan penyendal kepalanya dan merenung tepat pada aku.

" Ini menurut pembacaan dan pandangan peribadi sayalah. Sebab jika dajjal muncul dalam bentuk raksaksa yang menakutkan, mesti tiada orang nak ikut dia. Jadi dajjal akan muncul ikut kesesuaian fitrah manusia. Barulah manusia percaya dan ikut dia ," jelasku sambil merenung siling dan fikiranku mengimbas kembali kepada beberapa bacaan aku berkenaan Dajjal.

" Oooo.... Betul jugak naaa.. Lagi2.. Ceritalah dajjal ni," ujar isteriku dalam loghat Penang yg takkan hilang dari lidahnya.

" Antara sifat dajjal, bermata satu. Pada pemahaman saya ianya adalah kamera. Segala kamera itu mewakili penglihatan dajjal. Samada kamera telefon, kamera perakam, cctv dan semua jenis kamera. Dari mata dajjal itu tersebar pelbagai fitnah dan kebencian. Kemudian manusia menjadi huru hara , bergaduh, berbunuh dan berperang. Sebab satu maklumat daru kamera, manusia percaya. Walhal maklumat itu tipu. Kemudian sifat dajjal itu mampu menyeberangi dari satu negara ke satu negara dengan sekejap sahaja. Merentas benua dgn benua juga mudah. Lautan berada dibawahnya, sebenarnya itu adalah gelombang internet. Dengan internet, fitnah dan kebencian mudah dihantar. Maka manusia mudah dihasut dan percaya. Perkara yang benar, nampak salah, perkara yg salah, nampak betul.Lihat sahaja media television, jual produk contohnya syampu rambut. Boleh lurus, tapi hkikatnya itu tipu. Lihat sahaja iklan susu formula dari 123456 tahun, semua orang percaya. Kemudian ikut. Walhal Al quran perintah susu ibu cuma 2 tahun diorg tak nak ikut. Itulah antara fitnah dajjal," jelasku panjang lebar sambil mengadap pada isteriku.

" Ya Allah... Takutnya..," tiba2 isteri aku berbisik.

" Kena ingat, tujuan dajjal menyesatkan umat Islam. Tujuan dajjal mengawal otak dan pemikiran manusia. Segala benda baik, jika dajjal kata buruk, maka manusia percaya. Segala benda buruk, jika dajjal kata baik, semua manusia percaya. ", jelasku lagi.

" So kenapa ada berpendapat baca surah Al kahfi dapat lepas fitnah dajjal?", tanya isteriku lagi.

" Sayang, Al quran itu bukan sekadar dibaca. Bukan sekadar dihafal. Paling penting difahami kemudian diamal. Kalau tak faham macam mana nak amal? Kalau baca sekadar baca, nasrani dan yahudi juga membaca kitab suci agama mereka. Apa antar kisah dalam surah Al kahfi yg saya selalu cerita pada awak?," ujarku.

" Kisah pemuda Ashabul kahfi dan seekor anjing lari tidur dalam gua selama ratusan tahun sebab lari dari pemerintah zalim ," jawab isteriku sambil tersenyum kerana berjaya menjawab soalanku.

" Betul. Konteks cerita itu sama seperti dajjal. Pemuda dan anjing itu pada masa itu tiada pilihan. Selain mengasingkan diri dari masyarakat yang kian rosak. Dan penguasa yg zalim. Jadi, kalau nak selamat dari fitnah dajjal, kita jangan suka buat sesuatu perkara sebab ramai orang buat. Walhal kita tak memahami kenapa perkara itu dibuat. Buat sebab kita faham. Bukan ikut ikutan. Dan orang yg selamat dari fitnah dajjal adalah golongan yg ' ganjil '. Mereka hidup tidak mengharapkan sistem ciptaan manusia sangat. Mereka hidup berpandukan pemahaman Al quran dan sirah nabi s.a.w. Merekalah golongan yg beli kereta cash, tidak terlibat riba'. Tidak terpengaruh dengan media dan leka dengan dunia. Senang kata mereka ni kalau orang sekarang nampak mereka gelar kelompok ni kolot, selekeh. Walhal merekalah yg jauh dari fitnah dajjal. Mereka bukan golongan terasing, tapi golongan yg memilih untuk mengasingkan diri dari dunia yg rosak, " jawabku lagi sambil mencium anakku berkali kali yg sedang lena diulit mimpi.

" Patutlah awak tak nak astro kat rumah ni ea? Oklah syg, skrg sy faham. Kita tak payah astro k? ," ujar isteriku sambil bingkas duduk dan tersenyum.

" Kiamat tu berlaku sehingga ibu pun akan membuang dan tidak pedulikkan anaknya, dan sy dah nampak zaman skrg banyak ibu yg sibuk bekerja dan sibuk main handphone sampai anak terbiar, kiamat sudah dekat sayang.... Sy akan buat apa sahaja yg saya mampu untuk lindungi keluarga saya. Sebab tu ada riwayat sebut, ikatlah anak bini kamu pabila dajjal muncul. Dan skrg sy tgh ikatlah ni. Hehe... Ikat hati dan pemikiran. Bukan ikat jasad.., ' jelasku sambil mula menarik selimut.

" Imam mahadi pulak? Ceritalah... Awak asyik mengadap buku jer, tapi tak cerita pun kat saya ," ujar isteriku sambil mula membetulkan posisi badannya.

" Nanti saya ceritakan. Kiamat dan kemunculan dajjal akan berlaku dalam konteks akal manusia boleh terima. Bukan dalam keadaan yg ganjil. Masa sudah semakin suntuk. Ummat islam sudah tidak punya banyak masa, sebab tu yahudi banyak menguasai teknologi. Sebab tentera dajjal adalah yahudi. Imam mahadi juga sudah ada. Dia hanya belum membuat pengumuman rasmi. Selagi anak muda islam masih leka begini, selagi itulah islam dibuli. Tidurlah. Doa supaya semuanya selamat. Kerana Allah kekal ada. Sy mintak maaf yer kalau arini ada buat silap. Assalamualaikum, " ujarku sambil meminta maaf, risau2 esok tak bangun subuh hari.

" Waalaikumsalam sayang, sy pun minta maaf. Sy harap harini sy jadi isteri yg memberi manfaat untuk anak dan suami. Nite sayang...," jawab isteriku sambil memejamkan mata.

~ Hannah, saat cerita ini ditulis . Saat ini hati mama dan ba selalu risau. Adakah Hannah akan membesar melihat Islam sebagai agama menyelamat umat manusia, sebagaimana waktu islam mula2 sampai, atau adakah waktu itu Islam masih jadi agama dagangan beberapa kelompok kapitalis agama? ~

Islam agama yg bermulanya nampak ganjil, maka pengakhirannya sebelum kiamat juga akan nampak ganjil. Beruntunglah orang2 ganjil.

Sollua'lannabiii...

Thursday 9 October 2014

Selamat Malam Dunia

Kehidupan kebelakangan ini amat menekan jiwa..
Namun kehidupan juga harus diteruskan..
Maka dengan itu aku ucapkan Selamat Malam Dunia..
Mimpi yang indah2 sahaja..
Untuk Aku, Kau, Dia dan Mereka..
Kerna hari esok belum tentu sempurna..

Selamat Malam Dunia..!

Wednesday 8 October 2014

Aku dan Kau

Beb..
Ini nukilan rasa hati aku. xde sape yg patut terasa dan xde sape pun yg bleh kaitkan nukilan hati aku ni dgn life sebenar aku. Kau siapa? tp kalo kau nak tau bleh aje tglkan komen kat bwh.. n kalo aku selera nak terangkan, insyaaAllah aku bitau.. kehkehkeh..

ok done with intro..
Beb, kenapa sesuatu yg terjadi walau kita tau benda tu akan kearah yg xbape nak betul, tetap kita nak teruskan..

"Disini 'Aku' rasa amat bertuah! dan 'Aku' terasa 'Aku' insan paling bertuah bila 'Aku' ditemukan dan di'paksa' berundur setelah 'Aku' telah terarah ke lorong yg x baper nak betul.. Dan 'Aku' sesungguhnya amat bersyukur ditemukan dan di'paksa' berundur walaupun hakikatnya sekarang terasa hati 'Aku' ni xbleh terima dgn keadaan ini. 'Aku' punyai rakan dan sahabat yg menyokong tindakan 'Kau' yg telah membuat keputusan begitu. Ya.. ia untuk kebaikan 'Aku' dan kebahgiaan 'Kau'

Nukilan ini hanya untuk 'Kau.."

Terima kasih
Walau untuk sebentar
Sebentar untuk sedar
Sedar untuk mencari
Mencari rasa yang hilang

Terima kasih
Walau cuma sekejap
Sekejap cuma mengharap
Mengharap yg tak pasti
Pasti kabur dihujung sana

Terima Kasih
Walau hanya sementara
Sementara untuk bersama
Bersama menghidupkan rasa
Rasa yang telah hilang

Maafkan Aku
Menanam rasa sayang
Sayang yang berbeza
Berbeza dari yang ada

Maafkan Aku
Bukan aku berniat
Berniat untuk kau tersakiti
Tersakiti dalam jiwa juga hati

Maafkan Aku
Buat terakhir kali
Kali ini pasti kita
Kita akan bertemu
Bertemu dalam imaginasiku..

Friday 3 October 2014

So sudden..

Pada mulanya aku mmg nak tulis citer ni dlm BI..kononnya laa.. tp cam xbaper yakin sgt. hahahaha..

Ok! Semalam kelas berjalan spt biasa. Awan dan kicauan burung juga berlalu seperti biasa. Monyet dan kera di kolej ini juga bermain sampah seperti biasa. Kebiasaannya penggunaan biasa ni nak tunjukkan benda tu biasa2 je berlaku.

Pagi smlm kelas dgn Miss Rose juga spt biasa. Xde nmpk pun sedikit keluarbiasaan yg akan berlaku. 1st class kol 10.30 kelas anatomy berjalan spt biasa. Xnmpk lgsg keanehan diriak muka lecturer baru ni, miss rose. Kami pun sperti biasa enjoy kelas dia n dia pun melayan karenah kami dgn gaya biasa2 beliau. ditambah plak dia ada bagi kami Mentos s3botol utk tahan ngantuk. mgkn dia nmpk aku mcm mengantuk dan tersengguk2 sedikit. well.. nama pun tido kol 3am lbey.. then kelas pun abih.

Aku, aman n ati pun lepak kat kete sambil2 nak tgu kelas yg seterusnya.. still dgn lecturer yg sama tapi subjek yg laen. Aku sperti biasa juga melayan aman n ati yg suka bergaduh sesama sendiri mcm laki bini bergaduh nak balik kmpg sape raya ni.. hiisshh..!

Pastu aku nmpk kelibat miss rose masuk ke dalam pejabat FTK. and aku xsuspect ape2 pun sbb mgkn dia nak jumpa Tuan Syafrizan selaku ketua jabatan. Noktah!

Ok.. kelas kedua pun bermula. Occupational Disease. dan seperti biasa juga, miss rose tanpa ada kelainan di raut wajah beliau meneruskan pembelajaran dan menunjukkan slide2 yg beliau sediakan..

SUDDENLY!!!!!....

"today is my last class with u all" erk!!!

Miss rose..
We wish you luck wherever u do after this..
Thanks 4 ur effort during our class to make us understand..
We truly greatful to have u as our lecturer even it just 4 a period of time!
Many thanks again n again!!

Monday 29 September 2014

Aku dan Wiki..

Ari ni mula dari maghrib membawa ke skrg.. aku dan wiki mmg xdpt dipisahkan. Bak kata pepatah, bagai jari telunjuk dan jari hantu..

Ini semua disebabkan oleh kedua Lecturer aku yang baru saja masuk ke alam ke'Lecturer'an. Diorg ni membawa konsep presentation sbg platform utk kitorg membina kekuatan jati diri dan sekaligus belajar berinteraksi dgn penemuduga bila kerja nnt.. itu aggapan aku la.. tp bagus gak sebenarnye.. sbb nnt pun akan ada gak presentation sem bape xigt.. so better berlatih skang!

Kembali pada Aku dan Wiki. selama ni aku xheran sgt pun akan kwwujudan Wiki ni disebabkan tiada kepentingan untuk menerjah wiki tersebut. Namun disebabkan oleh assignment MicroB, aku google nama tokoh2 MicroB ni, n kebanyakannya.. Wiki memberi input yg ringkas dan agak padat. kena dgn semua kehendak assignment aku..

Pehtu buat plak Occu. disease tntg Work related Chest disease. Pun Wiki byk membantu tapi utk tajuk ni aku lbey gemar guna webcrawler. lagi byk link yg akan dia bg berkenaan tajuk aku tu..

Anyway, Tq Wiki sbb byk bg info pada aku ari ni...

Keadaan mata tidak rabak lagi.. cuma hati bertambah bunga2an nye.. ngeeeeee.. ini membuatkan aku bleh tros utk sambung assignment ni.

Ok.. gud Mornite uolls!

Tuesday 23 September 2014

Suck It equal Sakit!!

Setakat saat ini, mata aku, tekak aku, hidung aku.. semua tanpa segan silu mengerahkan tenaga aku untuk merembeskan cecair seperti, air mata, saliva bercampur kahak dan hingus yg xhenti meleleh..

Mata pedih tp xleh tutup, tekak sakit smp xleh nak berckp, hidung mancung gara2 dr pg td dok tonyoh supaya kuarkan rasa ketidakselesaan yg menerobos masuk kedalam ruang nafas aku.

Lagi menambahkan perisa akan cerita Wo Ha aku ini, esok aku ada kelas for the whole day. 9.30am until 6pm. can u guys believed it! uurrgghh!! td dh amek MC kat KK Pasir Panjang. Xmcm isnin yg selalu.. aku gambarkan isnin adalah hari keramaian manusia yang berbondong2 masuk ke KK or Hospital bg melakonkan watak sampingan yg sekiranya berjaya akan mendapat award berupa sehelai kertas Kuning yg ditandatangan oleh Pegawai Perubatan sebagai tanda berjaya menunjukkan potensi mereka sbg pelakon layar. Uurrghh!!

Sambil aku menulis ni, aku berkira2 sudah hampir separuh roll tisu aku tibai utk menyantuni hidung aku ni. Dari gerak kasar hingga membelai lembut aku layan hidung aku ni. kalo pake keetas pasir, kompem dah putih. hilang segala blackhead, whitehead, ape head lg yg kt idong aku ni.

Namun apakan daya, hidup berseorngan membuatkan aku terigt segala apa yg Pn Nurse ajar aku kalo sakit. kira survivor la aku skang ni.. tq Pn Nurse.. Syg awk ketat2!!

Skang dh kol 1am. apa kejadahnye yg aku masih nak hapdet benda2 ni kat blog? mgkn skang aku pilih medium blog kot utk aku ceritakan sglnya.. bersesuaian dgn tajuk blog aku ni.. wechat and facebook aku akan slowly tinggalkan mereka. still tgk moment diorg2 ni tp cuba menahan diri utk like n comment.. Wo Ha!

Kalo ikut byk nk hapdet sbb melimpah ruah idea masuk.. kalo xleh tido mgkn aku akan cuba olah balik jalan cerita mini novel aku "Engkau Milikku?". Dah lama x tgk draft citer tu..

ok guys.. just take a good care of ursf n pls.. go to nearer KK or Hospital to get a check up once u get like my simptom. Rite now viral Denggi n Kencing tikus are spread out!

Mornite!
Assalamualaikum

Monday 22 September 2014

Dalam keramaian, Aku keseorangan Part 3

Hari ni tidak keterlaluan bagi aku utk aku rasa seperti mahu lenyap dari sini. Bulan lari tapi lenyap.. Episod demi episod dari petg smlm membawa kepada ketidakupayaan aku utk tros bertarung bagi memenangkan perasaan aku. Terasa ada something torn apart n i couldnt save it.. tapi persetankan sume tu dulu. Itu perasaan aku.

okay. kembali semula pada idea overnight. Asalnya cuma utk makan di Api-Api, berjln2 mencari buku dan tros ke memanjakan diri di Kolam Air Panas Gadik lepas tu akan segera balik ke confined space. Tapi mcm mana plak bleh timbul idea utk overnight tros di kolam air panas tu xpasti. perbincangan serta perbincangan, toolbox meeting dan seterusnya membawa kepada rumusan yg aku dan mereka2 ini akan lepak tido kat rnr seremban.

Aku nmpk mcm xberseri dan berbunga je citer aku kali ni. mungkin sebb tu kot.. so.. aku putuskan utk stopkan dulu citer tu kat sini sbb tahap adrenalin aku utk menaip dan menyelongkar kata2 pujangga keluar dari arked akal tidak tinggi. cukup sekadar utk menulis mcm2 ni je.. huhu..

Sunday 21 September 2014

Dalam keramaian, Aku keseorangan Part 2

Akibat dari keletihan yg xtahu kemana penghujungnya, aku ambil keputusan utk bermalas-malasan. Setelah menjadi surirumah sepenuh masa hari ni, aku amek kptsn utk basuh kete. Tapi anatomy badan aku yg masih blom cergas sepenuhnya menidakkan fikiran aku utk membasuh kereta sendiri. setelah bertempur bersama akal dan nafsu, maka nafsu menang utk ke berapa juta kali pun aku xtau.. So skang aku ada kat Car wash. Nafsu memandu arah bagai GPS utk ke car wash berdekatan.

Panjang x intro kali ni? semestinya.. hahaha!

ok utk Part 2, aku akan cerita aktiviti slps kami mentekedarah kat Api-Api. Sblm itu izinkan aku utk ceritakan mcm mana bleh decide utk ke Api-Api. nmpk x? hahaha.. Ok. Sbnrnya aku dh lama janji ngan diorg ni iaitu mereka2 ini yg girang memfollow aku. So bila duit PTPTN diorg dh masuk, aku secara xlgsg merasai sedikit rasa kegembiraan mereka. hehe..! Dan rancangannya hanya lah untuk gi makan kat Api-Api dan g MPH or Popular sbb nak carik buku rujukan utk Semester ini. Tapi akibat dari duit PTPTN yg meminta utk dibebaskan dari ATM, dicampur pula dgn salah seorg dari kami yg xpernah seumur hidupnya overnite (yg ni rare.. aku citer kendian), maka terpacullah idea bernas dari aku utk membuat aktiviti overnite ini. Mcm dh jauh ni..

Kembali pada entry asal.. slps mereka2 ini memanjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa atas kurniaan kenyang yg diberi, lantas kami meng 'move on' kan diri kami ke bangunan yang xjauh dimata, namun jauh kiranya berjalan, iaitu AEON Melaka Sentral.

Kesejukan menyelimuti tubuh aku dan mereka2 ini sejurus masuk melalui pintu ajaib kira aku. (ini benar.. sbb suatu masa dulu ketika aku kecil aku terkejut dan lari bila masuk ke pintu ini. seingat aku masa tu di sebuah Hotel di Pulau Mutiara.) Aku berkira2 utk teman mereka2 ini masa kat dalam AEON. Namun hati aku ini membentak utk berseorangan. Ada sesuatu yg xkena sejurus aku masuk ke sini! Aku berhujah dlm diri melawan juri2 nafsu supaya tidak buat perkara pelik disini. Lantas keputusan diambil dan aku mencari Popular seorg diri. Ceh! igtkan jauh.. tp rupanya xsempat mata berkedip dan tangan blom melepas erat cable eskelator, tros aku nmpk Popular.

Ketika itu, aku seakan yakin, ada dikalangan mereka2 ini yg telah memenangkan nafsu utk menyahut kegilaan. ATM nmpk dekat dihati mereka apatah lagi bila berdepan dgn mesin ini, pasti rasa berbunga2 bila dpt bertemu mata dgn angka2 yg akan keluar. Aku pasti ada juga diantara mereka yg sedang mencongak2 utk memenangkan KEHENDAK dan menewaskan KEPERLUAN. Akal tidak dpt berfungsi dgn lancar kerana aura ATM ketika bertemu mata amat cerah. Kebarangkalian utk menekan RM yg lebih dari sepatutnya cukup tinggi. Hanya Iman dan Taqwa sendiri shj yg dpt menidakkan nafsu tersebut. Maka keputusan KEHENDAK yg menang atau kalah tidaklah aku ketahui.. Hush!

Sekembali mereka2 ini dari bercengkerama dgn mesin duit tersebut, dan RM pun bertukar hak, aku anjurkan mereka tros ke POPULAR. Aktiviti ini agak kurg menyeronokkan sbb beli buku, bukan beli baju.. Tahap adrenalin dan nafsu sekadar suam2 kuku. Tidak ada langsung rasa ghairah diantara kami utk mencari buku rujukan, cuma ada dikalangan mereka2 ini yg 'excited' lebih sket sbb nak cari novel.. hahahaha.. nmpk x? betapa novel ini dpt menentukan tahap excitednya seseorg dlm toko buku. Kehulu ke hilir smbl membantu mereka2 ini mencari buku rujukan, tiba2 tanpa diundang 'rasa' itu kembali. Untuk mencari perkataan khusus untuk 'rasa' itu mmg tidak ada dlm bahasa melayu setakat aku belajar ni. Tapi kalo di'interprate'kan dlm bahasa omputih.. 'rasa' itu hampir kepada 'lost'..

Mereka2 ini ketika itu sudah ada yg berpecah. Yg group cari baju ada, group cari awek ada, group cari novel ada dan yg bes group xtau nak wat ape pun ada. hahaha.. utk aku join group cari baju nmpk mcm tipu. kahkahkah.. nak join group cari awek mcm xsesuai ditambah aku dah ada awek dan isteri a.k.a Pn Nurse a.k.a AKAK bak kata mereka2 ini! dimata dan dihati.. mata hati! Apa pula gilanya aku nak join group cari novel sdgkan kalo xsilap aku sudah 3 tingkat laci penuh dgn novel Pn Nurse. Haram aku nak baca. Ngeeee.. So aku amek keputusan utk join group xtau nak wat ape. hahaha! mmg terbaeek! duduk dikerusi, masing2 memegang lahanat yg bernama smartphone smbl membaca moment dan update status di FB mungkin. Aku usha jugak kot2 ada yg nak berselfie ketika itu. Hampa. Aku kembali ke ruang nyata dan sekonyong2 itu, 'lost' kembali menghantui!! DAMN!! Ini membuatkan aku rasa seperti dikhianati oleh diri sendiri setelah ada seorg diantara mereka yg dgn selambanya meng'snap' aku ketika itu. kenapa tidak semasa aku gembira? kenapa tidak masa aku bersuka ria? kenapa tidak masa aku berpura2 senyum dn bahagia bersama mereka. Persetankan semua itu. ergh!!

Aku ketika itu xtau apa yg ketika itu bermastautin diakal fikiran aku. 'lost'membawa aku "terobek" (bak kata budak2 skang). Setelah lama mencuba utk menyelesaikan masalah 'lost' aku, tiba2 aku terasa paham apa makna 'lost' itu.. Ya.. aku pasti! dan aku yakin itu lah yg menyebabkan 'lost' itu tanpa segan silu bertamu diruang fikiran aku. Kini aku faham dan cuba menyelusuri jauh ke sudut kenangan dan separa khayalan aku utk membenarkan akal aku men'digest'kan makna 'lost' tersebut. Perlahan2 aku dpt menerima 'rasa' itu dlm fikiran aku. Aku buka seluas2nya pintu kenangan dari alam realiti aku utk terus tetapkan 'rasa' itu ke akal dan hati aku. Hanya aku dan Allah yg tahu.
Peeeeerrghhhh!!!

Sebenarnya.. Dalam Keramaian.. Aku Keseorangan..

P/S : Selesai je aku taip Part 2, Almera aku pun siap sudah digilap oleh brader hensem car wash tersebut..

Dalam keramaian, Aku keseorangan.. Part 1

Ari ni baru dpt rilekkan badan stlh 2 hari aktiviti back to back ngan budak2 DOSH. Keletihan yg hanya dpt dizahirkan dgn tidur yg mati tanpa kesedaran untuk 6 jam..hancor subuh aku!!

Bermula jumaat ptg kami ber 11 bergerak dari Confined Space ke Melaka. berbekalkan 3 kereta dan duit PTPTN Sem 2 mereka2 yg mntk dibelanjakan, kami bergerak ke Melaka dgn hati girang. Kemungkinan besar duit PTPTN byk memainkan peranan dlm mewujudkan rasa seronok berkenaan dalam hati mereka2 ini.. hahaha!

Api-Api.. ini destinasi pertama kami setelah menempuhi jammed. Aku, driver, membawa 4 org anak dara yg telah diamanahkan kpd aku utk menjaga mereka. Apa yg terjadi pada mereka dalam waktu ini, akan menggambarkan betapa berkaliber atau tidak aku sebagai seorg lelaki yg bergelar PRESIDEN KELAB. Peeerrgghh!!. erk? Kembali pada jammed td.. Aku mmg dah menyimpan dan bersedia utk menghamburkan kata2 kesat pada watak2 pemandu malaysia yang kebanyakannya mcm pokok pisang, "ada jantung, tapi xde hati.." ayat ni aku kopipes dr mana ntah masa aku dok layan FB. huhu.. Namun disebabkan aku ni seorg PRESIDEN KELAB dan juga seorg yg MATURED pd pandangan anak2 dara ini, aku simpan dn tutup ketat2 ayat nista yg ingin diucapkan.. cuma sekadar keluhan ringan berupa 'adoyai, ape laa, ish ish'.. Matured kan? Huh!

Apa yg aku lalutkan ini? Perenggan Api-Api, tp cite pasal jammed dan hal aku sbg seorg MATURED. Hahaha..

Kembali pd Api-Api.. stlh parking cantek sambil kepala menoleh ke arah restoran tersebut yg agak lengang, aku dan mereka2 semua pun bersama bergerak ke dalam restoran. Terus ke kaunter dan bertanyakan tentang booking aku pg td. Dalam keadaan separa sedar dan ala2 kusam, kaunter boy pun cek aku nye booking. Ada! Alhamdulillah.. riso jugak kalo xde.. xkan la Tuan Presiden Kelab bleh melakukan kesilapan sebegitu rupa.. Bagus!

Setelah masing2 mengambil tempat dan cawan, berhamburlah mereka2 ini mencari makanan kegemaran. Ada yg prefer steamboat, ada yg nak bakar aje. Dan aku? Cukup sekadar Lamb yg dibakar dan Maggi yg dicelur kemudian dicompresskan skali dgn lamb sedang-sedang aje masaknye.. Kelazatan? Enak tidak terkata.. stlh 3-4 kali ulang-alik ke freezer lamb, aku layankan budak2 ni.. perutku masih meminta utk diisi dan Lamb dlm freezer pun seakan memutarkan lagu "Aku masih disini" utk menyatakan bahawa masih byk lg Lamb yg belum aku bakar. Urgh!!

Nmpk x? permainan aku dalam mengolah jalan cerita.. mcm xde kena mengena langsung dgn tajuk. hahahaha!! Namun ia berkesan utk entry yg mula setelah 5,6 bulan xdihapdetkan. kuang3x!

Sebenarnya.. Dalam keramaian itu.. Aku keseorangan!!

Wednesday 5 March 2014

Kan gua dah cakap..

Assalam..

Kan gua dah cakap..
last update pun 20/2/14, lama giler..
tu la org nak buat blog gua pun nak wat blog..

tapi!!
skang gua dah ada arah tuju blog gua nih..
dapat ilham semalam..
blog ni pasnih akan gua hapdet sekerap mungkin utk tatapan gua suatu masa nanti berkenaan OSH. Gua akan hapdet apa yg gua belajar pasal OSH untuk senang gua wat review.
juga hasil2 gua nye assignment aka gua lampirkan kat sini.
mana tau untuk tatapan gua dan follower gua nnt..tu pun kalo ada..
akan gua build follower gua sendiri bersandarkan topik2 yg akan gua tulis..

dan pengumuman..
selepas ini, blog ini akan dikurangkan penggunaan bahasa GUA dan LU dan akan ditukarkan kepada AKU dan KAU atau yg lebih indah bunyinye.. tapi jgn sesekali soh ubah gaya penulisan gua. gua akan wat gaya gua dan gua rasa ini cara paling rilek untuk orang baca..

tapi sekiranya suatu hari nanti.. kiranya ada post gua yang ingin dijadikan rujukan ilmiah harap tukar la gaya penulisan ikut kesesuaian dan kehendak lu orang.. yang penting, bagi2 la kredit sekiranya ambil.. tu pun kalo ada..

ahakzz..


Thursday 20 February 2014

Busy..!!

Assalam.. dikesempatan yang tidak seberapa ini, gua cuma bleh nyatakan ketidakupayaan gua untuk mengupdate blog ini.. Gua igt bleh la kot nak hapdet 2-3 hari skali.. tapi disebabkan baru 1st time blaja kat kolej jadik cam kalut sket..

Baru nak rasa steady kat sini, tup-tup dtg sekali 8 assignment. amekow!! terkincit kejap. Rupanya perit gak bile semester pendek ni.. rupenye 2mgu lagi dah cuti sem.. tapi dibayangi oleh 8 assignment..

Ok la. gua nak tido!

Selamat malam dan Salam Satu Sama!

Sunday 2 February 2014

Lepak aku.. Lepak..!!

Salam beb,
Skang gua tgh ada kat Jalan TAR. Takkan gua nak bitau kot TAR tu ape kan..  Gua bawak Pn Nurse, busu, pak busu n fatin. Tapi kali ni gua bukan nak cite pasal Jalan TAR ni. Ape yg gua nak citerkan ari nih ialah tahap keletihan yang dialami oleh gua dan yg laen2..

Beb, semalam gua ada citer pasal adik ipar gua bertunang. tu citer siang. Yang ni gua nak citer malam kisah di malam hari.

Beb.. bak kata org johor "lepak aku.. lepak" membawa makna pada gua lebih kurg penat yang penat sgt la kot.

Tepat kol 8.30 mlm semlm, gua pinjam kete kakngah sbb xmuat nak angkut 8 org dalam Almera so Stream menjadi wakil bagi pihak KakNgah yang awal2 dah surrender.

Dgn Stream sbg Kereta Rasmi Rombongan Cik Dewi dan 'tunangan orang' - Emi sbg driver, kitorg bergerak ke KeyeLSiSi. Gua n Pn Nurse mmg nak tuju kat Mark & Spencer sbb nak cuba sambar Kasut ari tu. Bagi Busu, pak busu, fatin, kak linda dan balqis ini adalah lawatan pertama diorg (maybe kot)..

Masuk je Suria KLCC naik lif masuk Isetan, kuar Isetan. Masuk M&S cari kasut xjmpa then masuk Parkson kuar Parkson. Beb, lawak bila Fatin ajak Pn Nurse masuk butik Gucci. Pn Nurse bitau Fatin yg dia tgk carpet butik Gucci pun dah ketaq lutut. Haha.. Snap 1-2 pic pehtu tros lepak kat kawasan luar yg ada air pancut.

Nampak meriah dgn perkongsian Oksigen beramai2 dan lepasan Karbon Dioksida diselangi ngan asap rokok juga vapor. Baru gua tau camni rupenye kwsn luar KLCC ni. Kat sini mmg nampak konsep 1Malaysia dijayakan termasukla dgn yg bukan Malaysia. Masing2 bersidai kat tangga berhadapan kolam air pancut. Snap pic 3-4 keping tanda gua dah pernah hadir then dlm kol 10 kami nak bergerak ke Danau Kota..

Ok beb, kat Danau Kota xde yg grand sgt la sbb gua suatu waktu duku mmg rajin kesini kalo ke KeyeL. Cuma nak bagi seronok rombongan Cik Dewi maka kami bergerak kesana dgn hati senang. 

Kesesakan Danau Kota jika dibandingkan dengan KeyeLSiSi mmg berbeza. Kompem la beb sbb bezakan uptown ngan mall. Sama gak la kalo lu org bandingkan umah Kaklong ngan KakLinda.. nmpk tak permainan kat situ.. hahaha.. 

Dalam 1 jam lebih kurang, rombongan telah berjaya melaksanakan 2-3 transaksi barangan dgn RM. Senyuman dari Kak Linda setelah membeli topeng Ironman berlampu untuk anak bongsunya Adam jelas kelihatan. Manakala Fatindan Busu hampir terlupa yg Pak Busu mmg ikut diorg dtg KeYeL.. Hahahaha.. Fatin pimpin tgn Busu, masuk kedai kuar kedai, dh nak balik tgk PakBusu xde.. hahahaha.. Selamat Emi menyelamatkan keadaan.. Tapi gua rasa mungkin Pak Busu nak try market Imam kat situ. Ekekkek..

Jam menunjukkan kol 12 lebih dan kalori serta lemak yang dibakar harus di regenerate kan. Maka beristirehatlah kami di kedai mamak berhampiran. Sambil minum dan menikmati kekalahan ManYu mmg amat mengasyikkan. Setelah selesai sesi mengisi perut dan kami pun bergerak pulang ke Sri Petaling..

Nampak tak? aktiviti gua mmg me'lepak'kan diri. dari tghr smp ke tghmlm meronda.. 

So sekian je la sbb skang gua pun dah atas katil sendiri dirumah sendiri disebelah isteri sendiri.. Mgkn akan ada Syaitan yg akan terbunuh malam ni.

Assalamu'alaikum!!

p/s: Gua start tulis post ni dari ptg td smp ke tgh mlm baru siap. Mmg sempoi bila dpt berblog dgn Tab 7.0 Plus ditangan.. Facebook hampir dilupakan..

Tungangan Orang - Emi
Deco KeyeLSiSi
Gua ngan Pn Nurse kat air pancut2
Rombongan CikDewi.. Pak busu, KakLinda,Balqis,Pn Nurse,Busu,Fatin n Emi
KakLinda n jelmaan AbgNazan versi pompuan.. Ahakz.. Balqis
Danau Kota.. Sume dh hilang.. tgl gua n Emi jaga Pak Busu
Beristirehat dan bersantap di kedai mamak.

Saturday 1 February 2014

Risik dan Tunang

Salam beb,
skang gua kat majlis pertunangan adik ipar gua. Yang tinggal sorang ni je teruna dalam Keluarga Moharam yang belum berumahtangga. Nadzmirul Helmi yg dh berkenan sgt ngan sorang awek yg bernama Dilla. tu je la nama yg gua tau. Tak semua ahli keluarga Moharam yang dapat hadir cuma ada Busu dan Pak Busu serta anak dara mereka Fatin yang datang dari Johor mewakili Azwa sekeluarga dan Abg Long sekeluarga. Abah pun xdapat dtg. Dari kedah wakil cuma Kak Linda dan anak dara sulung Balqis a.k.a Kak Tik. Aku dan Pn Nurse kompem kena hadir.. hahaha..

Skrg dh officially bergelar "tunangan orang".. Semoga apa yang dihajati dan yang telah dipersefahami oleh kedua2 wakil keluarga dapatlah dikotakan. InshaaAllah..

Cuma gua sedikit rasa kurang senang dengan persepsi orang masa kini berkenaan Majlis Risik / Tunang. Bukannya gua tak suka cuma gua rasa terdapat pembaziran disana sini dan mengada2kan benda yang tak perlu. Siap dgn pelamin bagai.. dekorasi sana dan sini..

Itu pendapat gua dan gua dah sematkan dalam diri sekiranya gua ditakdirkan mendapat zuriat perempuan dan panjang unur untuk menguruskan hal2 majlis seperti ini, InshaaAllah gua xkan buat benda ni. Bagi gua itu salah dan for sure ada yg xbersetuju ngan gua.. tapi apa ada hal! ini kan Malaysia..

Gua selitkan gambar2 sepanjang Majlis Risik / Tunang Nadzmirul Helmi yang sudah bergelar " Tunangan Orang"

Kelas OSH1113K (part 2)

sambung balik.. ni pun agak panjang gak. gua tulis ni sbb nak refreash maklumat2 yg gua tanam malam semalam.. kalo xwat cenggini nnt input dlm otak aku akan keluar meleleh ke telinga kiri gua. agagaga..

"Philosophy - Responsibility to ensure the safety and health at the workplace lies with those who create the risk and those who work with risk"

"Guideline Principals"
1) Self Regulation : Pengurusan Kendiri
2) Consultation : Perundingan
3) Worker Cooperation and Participation : Kerjasama dan Penglibatan Pekerja

"Objective of OSH"
1) To SECure the safety, health and welfare of person at workplace against risk.
2) To PROTect the person at workplace against risk.
3) To PROMote the occupational environment for person at work which is adapted by their physiological and psichological needs.
4) To PROVide the means whereby the associated OSH legislation may be progressively by a system of regulation.

Amacam? hahaha.. sambil gua  tulis sambil gua ingat. macam bleh pakai je teknik ni. tulis plak kat blog. bile gua lupa gua bukak balik blog gua. kalo lu orang nak baca n kopipes pun xpe. ilmu ni jgn simpan sorg.. bila dikongsi ada 2 benda kita dapat. 1) pahala yg bersambung atau berpanjangan. 2) InshaaAllah kita takkan lupa apa yang kita kongsikan.

sebenarnya ada lagi yg gua belajar..

tapi kalo gua nak tulis ni mau gak sampai part 3, 4, 5, 6.. hahahaha..

Kelas OSH1113K (part 1)

Salam beb,
Semalam malam gua attend kelas OSH utk utk subjek OSH1113k berkenaan pengenalan LAW utk segala tatakerja DOSH.

Beb, gua dari dulu bawak skrg mmg sgt lemah nak menghafal. Mmg gua tak nafikan yg gua xpernah cuba sedaya upaya utk menghafal. Tu pasal jadik cenggini. kehkehkeh..

Peeeerrgghh.. rupa2nya DOSH ada gak main law2 ni. skali bukak buku law gua dah pening. 'Bahagian','Seksyen','Subseksyen','Regulation' dan beberapa istilah yang perlu gua hadap untuk subjek ni.. mmg terbaaeeekk! Lu org bayangkan betapa otak gua yg dh berumur 33 tahun nih cuba nak coupe sume benda tu. Gua selak satu persatu sambil En Rosli terangkan setiap helaian kertas law tu.

Alhamdulillah disebabkan keinginan aku untuk mendapatkan ilmu serta tunjuk ajar dan penjelasan yang terang dari En Rosli, otak aku dapat menerima segala tunjuk ajar yang di pelajari malam semalam.

Gua kongsikan ngan lu org sket ilmu pengenalan berkenaan Act 514 - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Akibat dari tekanan yang berlaku setelah kejadian 'Bright Sparkle' pada 7.5.1991 di sungai buloh maka Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Enakmen berkenaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan yang lebih terperinci dan menutup 'loophole' akta FMA1967. Maka Akta 514 diperkenankan pada 25.2.1994..

Beb, gua tulis kat atas ni pun dlm keadaan ingat tak ingat je. kahkahkah.. siap gua buka internet tgk tarikh kejadian dan tarikh enakmen dikuatkuasakan. hahaha.. nak harap gua tulis tanpa rujukan.. tunggu la bila otak ni kembali cerdas. Gua igt nak beli jus tok guru n pelbagai suplimen yg boleh menjuruskan gua untuk kembali mengaktifkan otak 33 tahun gua nih.

Bukan tu je yg aku belajar beb. Gua siap perlu hafal beberapa maklumat penting berkenaan akta514 nih.

Sambung part 2.. punye la panjang........

Tuesday 21 January 2014

Jadik student balik semula..

Haaaa.. terkejut tak entry aku kali ni? Beb, aku ni dh 32 tahun baru sedar diri nak blaja balik. Amek Diploma in Occupational Safety and Health.
-DOSH- ..  Kolej pilihan aku ialah Kolej UNITI. Course aku francais ngan CUcMS - Cyberjaya University College  Medical Science.Yg penting aku baru sedar diri nak blaja.. huhu..

Yg peliknye aku nye badge cuma ada 4 org. kahkahkah.. kelas pun xmula lagi. dah 2 minggu tp still xde lagi kelas. Ketua Jabatan maklumkan kat aku next week baru ada lecturer yg mengajar.. peeerrgghhhh!!

badge atas aku ada la dlm 12 org. diorg pun sbnrnye ialah badge permulaan utk course DOSH ni. maknanya aku ni baru 2nd badge.. kuang3x..

Skang ni aku tgh tgu lecturer yg xkunjung tiba. tapi kata dh sedia maklum. dah la kelas pun 4 org. aduyaiii..

ni aku selitkan la gmbr budak kelas aku n kelas aku yg banyak sgt kerusi tapi kosong..