Pages

Thursday 20 February 2014

Busy..!!

Assalam.. dikesempatan yang tidak seberapa ini, gua cuma bleh nyatakan ketidakupayaan gua untuk mengupdate blog ini.. Gua igt bleh la kot nak hapdet 2-3 hari skali.. tapi disebabkan baru 1st time blaja kat kolej jadik cam kalut sket..

Baru nak rasa steady kat sini, tup-tup dtg sekali 8 assignment. amekow!! terkincit kejap. Rupanya perit gak bile semester pendek ni.. rupenye 2mgu lagi dah cuti sem.. tapi dibayangi oleh 8 assignment..

Ok la. gua nak tido!

Selamat malam dan Salam Satu Sama!

Sunday 2 February 2014

Lepak aku.. Lepak..!!

Salam beb,
Skang gua tgh ada kat Jalan TAR. Takkan gua nak bitau kot TAR tu ape kan..  Gua bawak Pn Nurse, busu, pak busu n fatin. Tapi kali ni gua bukan nak cite pasal Jalan TAR ni. Ape yg gua nak citerkan ari nih ialah tahap keletihan yang dialami oleh gua dan yg laen2..

Beb, semalam gua ada citer pasal adik ipar gua bertunang. tu citer siang. Yang ni gua nak citer malam kisah di malam hari.

Beb.. bak kata org johor "lepak aku.. lepak" membawa makna pada gua lebih kurg penat yang penat sgt la kot.

Tepat kol 8.30 mlm semlm, gua pinjam kete kakngah sbb xmuat nak angkut 8 org dalam Almera so Stream menjadi wakil bagi pihak KakNgah yang awal2 dah surrender.

Dgn Stream sbg Kereta Rasmi Rombongan Cik Dewi dan 'tunangan orang' - Emi sbg driver, kitorg bergerak ke KeyeLSiSi. Gua n Pn Nurse mmg nak tuju kat Mark & Spencer sbb nak cuba sambar Kasut ari tu. Bagi Busu, pak busu, fatin, kak linda dan balqis ini adalah lawatan pertama diorg (maybe kot)..

Masuk je Suria KLCC naik lif masuk Isetan, kuar Isetan. Masuk M&S cari kasut xjmpa then masuk Parkson kuar Parkson. Beb, lawak bila Fatin ajak Pn Nurse masuk butik Gucci. Pn Nurse bitau Fatin yg dia tgk carpet butik Gucci pun dah ketaq lutut. Haha.. Snap 1-2 pic pehtu tros lepak kat kawasan luar yg ada air pancut.

Nampak meriah dgn perkongsian Oksigen beramai2 dan lepasan Karbon Dioksida diselangi ngan asap rokok juga vapor. Baru gua tau camni rupenye kwsn luar KLCC ni. Kat sini mmg nampak konsep 1Malaysia dijayakan termasukla dgn yg bukan Malaysia. Masing2 bersidai kat tangga berhadapan kolam air pancut. Snap pic 3-4 keping tanda gua dah pernah hadir then dlm kol 10 kami nak bergerak ke Danau Kota..

Ok beb, kat Danau Kota xde yg grand sgt la sbb gua suatu waktu duku mmg rajin kesini kalo ke KeyeL. Cuma nak bagi seronok rombongan Cik Dewi maka kami bergerak kesana dgn hati senang. 

Kesesakan Danau Kota jika dibandingkan dengan KeyeLSiSi mmg berbeza. Kompem la beb sbb bezakan uptown ngan mall. Sama gak la kalo lu org bandingkan umah Kaklong ngan KakLinda.. nmpk tak permainan kat situ.. hahaha.. 

Dalam 1 jam lebih kurang, rombongan telah berjaya melaksanakan 2-3 transaksi barangan dgn RM. Senyuman dari Kak Linda setelah membeli topeng Ironman berlampu untuk anak bongsunya Adam jelas kelihatan. Manakala Fatindan Busu hampir terlupa yg Pak Busu mmg ikut diorg dtg KeYeL.. Hahahaha.. Fatin pimpin tgn Busu, masuk kedai kuar kedai, dh nak balik tgk PakBusu xde.. hahahaha.. Selamat Emi menyelamatkan keadaan.. Tapi gua rasa mungkin Pak Busu nak try market Imam kat situ. Ekekkek..

Jam menunjukkan kol 12 lebih dan kalori serta lemak yang dibakar harus di regenerate kan. Maka beristirehatlah kami di kedai mamak berhampiran. Sambil minum dan menikmati kekalahan ManYu mmg amat mengasyikkan. Setelah selesai sesi mengisi perut dan kami pun bergerak pulang ke Sri Petaling..

Nampak tak? aktiviti gua mmg me'lepak'kan diri. dari tghr smp ke tghmlm meronda.. 

So sekian je la sbb skang gua pun dah atas katil sendiri dirumah sendiri disebelah isteri sendiri.. Mgkn akan ada Syaitan yg akan terbunuh malam ni.

Assalamu'alaikum!!

p/s: Gua start tulis post ni dari ptg td smp ke tgh mlm baru siap. Mmg sempoi bila dpt berblog dgn Tab 7.0 Plus ditangan.. Facebook hampir dilupakan..

Tungangan Orang - Emi
Deco KeyeLSiSi
Gua ngan Pn Nurse kat air pancut2
Rombongan CikDewi.. Pak busu, KakLinda,Balqis,Pn Nurse,Busu,Fatin n Emi
KakLinda n jelmaan AbgNazan versi pompuan.. Ahakz.. Balqis
Danau Kota.. Sume dh hilang.. tgl gua n Emi jaga Pak Busu
Beristirehat dan bersantap di kedai mamak.

Saturday 1 February 2014

Risik dan Tunang

Salam beb,
skang gua kat majlis pertunangan adik ipar gua. Yang tinggal sorang ni je teruna dalam Keluarga Moharam yang belum berumahtangga. Nadzmirul Helmi yg dh berkenan sgt ngan sorang awek yg bernama Dilla. tu je la nama yg gua tau. Tak semua ahli keluarga Moharam yang dapat hadir cuma ada Busu dan Pak Busu serta anak dara mereka Fatin yang datang dari Johor mewakili Azwa sekeluarga dan Abg Long sekeluarga. Abah pun xdapat dtg. Dari kedah wakil cuma Kak Linda dan anak dara sulung Balqis a.k.a Kak Tik. Aku dan Pn Nurse kompem kena hadir.. hahaha..

Skrg dh officially bergelar "tunangan orang".. Semoga apa yang dihajati dan yang telah dipersefahami oleh kedua2 wakil keluarga dapatlah dikotakan. InshaaAllah..

Cuma gua sedikit rasa kurang senang dengan persepsi orang masa kini berkenaan Majlis Risik / Tunang. Bukannya gua tak suka cuma gua rasa terdapat pembaziran disana sini dan mengada2kan benda yang tak perlu. Siap dgn pelamin bagai.. dekorasi sana dan sini..

Itu pendapat gua dan gua dah sematkan dalam diri sekiranya gua ditakdirkan mendapat zuriat perempuan dan panjang unur untuk menguruskan hal2 majlis seperti ini, InshaaAllah gua xkan buat benda ni. Bagi gua itu salah dan for sure ada yg xbersetuju ngan gua.. tapi apa ada hal! ini kan Malaysia..

Gua selitkan gambar2 sepanjang Majlis Risik / Tunang Nadzmirul Helmi yang sudah bergelar " Tunangan Orang"

Kelas OSH1113K (part 2)

sambung balik.. ni pun agak panjang gak. gua tulis ni sbb nak refreash maklumat2 yg gua tanam malam semalam.. kalo xwat cenggini nnt input dlm otak aku akan keluar meleleh ke telinga kiri gua. agagaga..

"Philosophy - Responsibility to ensure the safety and health at the workplace lies with those who create the risk and those who work with risk"

"Guideline Principals"
1) Self Regulation : Pengurusan Kendiri
2) Consultation : Perundingan
3) Worker Cooperation and Participation : Kerjasama dan Penglibatan Pekerja

"Objective of OSH"
1) To SECure the safety, health and welfare of person at workplace against risk.
2) To PROTect the person at workplace against risk.
3) To PROMote the occupational environment for person at work which is adapted by their physiological and psichological needs.
4) To PROVide the means whereby the associated OSH legislation may be progressively by a system of regulation.

Amacam? hahaha.. sambil gua  tulis sambil gua ingat. macam bleh pakai je teknik ni. tulis plak kat blog. bile gua lupa gua bukak balik blog gua. kalo lu orang nak baca n kopipes pun xpe. ilmu ni jgn simpan sorg.. bila dikongsi ada 2 benda kita dapat. 1) pahala yg bersambung atau berpanjangan. 2) InshaaAllah kita takkan lupa apa yang kita kongsikan.

sebenarnya ada lagi yg gua belajar..

tapi kalo gua nak tulis ni mau gak sampai part 3, 4, 5, 6.. hahahaha..

Kelas OSH1113K (part 1)

Salam beb,
Semalam malam gua attend kelas OSH utk utk subjek OSH1113k berkenaan pengenalan LAW utk segala tatakerja DOSH.

Beb, gua dari dulu bawak skrg mmg sgt lemah nak menghafal. Mmg gua tak nafikan yg gua xpernah cuba sedaya upaya utk menghafal. Tu pasal jadik cenggini. kehkehkeh..

Peeeerrgghh.. rupa2nya DOSH ada gak main law2 ni. skali bukak buku law gua dah pening. 'Bahagian','Seksyen','Subseksyen','Regulation' dan beberapa istilah yang perlu gua hadap untuk subjek ni.. mmg terbaaeeekk! Lu org bayangkan betapa otak gua yg dh berumur 33 tahun nih cuba nak coupe sume benda tu. Gua selak satu persatu sambil En Rosli terangkan setiap helaian kertas law tu.

Alhamdulillah disebabkan keinginan aku untuk mendapatkan ilmu serta tunjuk ajar dan penjelasan yang terang dari En Rosli, otak aku dapat menerima segala tunjuk ajar yang di pelajari malam semalam.

Gua kongsikan ngan lu org sket ilmu pengenalan berkenaan Act 514 - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Akibat dari tekanan yang berlaku setelah kejadian 'Bright Sparkle' pada 7.5.1991 di sungai buloh maka Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Enakmen berkenaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan yang lebih terperinci dan menutup 'loophole' akta FMA1967. Maka Akta 514 diperkenankan pada 25.2.1994..

Beb, gua tulis kat atas ni pun dlm keadaan ingat tak ingat je. kahkahkah.. siap gua buka internet tgk tarikh kejadian dan tarikh enakmen dikuatkuasakan. hahaha.. nak harap gua tulis tanpa rujukan.. tunggu la bila otak ni kembali cerdas. Gua igt nak beli jus tok guru n pelbagai suplimen yg boleh menjuruskan gua untuk kembali mengaktifkan otak 33 tahun gua nih.

Bukan tu je yg aku belajar beb. Gua siap perlu hafal beberapa maklumat penting berkenaan akta514 nih.

Sambung part 2.. punye la panjang........