Pages

Monday 23 November 2015

Iphone Oh Iphone..

Aku dlm dilema.. skang hp yg aku pakai ialah "snsv".. hahaha.. ASUS laaaa.. okay la cuma ni pun hp pinjam dr ipar aku meaning aku ni sbnrnye mmg xde hp..
Nak dijadikan citer Aman bitau kata ada insta jual iphone murah TAPI uk set n kena tunggu dlm 2-3 bulan slps wat payment baru dapat.. tertarik dgn berita tu, aku pun bukak insta tu. Mrgadget nama diberi.. naaah!!! Hamek kau dia punya murah.. x agak2 punye murah.. kalo dh iphone 5s 16gb pun baru 780 mana nk dpt kat luar ni..
Jadik.. bersempena dgn sambutan hari lahir aku yg akn dtg x lama lagi.. aku decide utk pujuk pn misi kasik payung iphone 5 16g je yg cuma berharga RM530.00. Ngeee..
Tp.. yg buat aku dlm dilema ialah.. pn misi nak carik kasut baru utk cik Almera tu.. so rasa mcm xbes plak kalo request iphone 5 tu kalo pn misi dh mula berangan nak kan kasut Cik Almera.. Adeehh..
Kenapa laaa elaun x masuk lagi.. kalo x, xde la aku dok dalam dilema nie..
Haaaaaiisshhhh!!!

Tuesday 3 November 2015

Politik : Nak Jadi Penasihat Pulak

Sebenarnya aku dah lama ignore pasal politik malaysia. Sbb suatu masa dulu aku org yg kuat semangat kepartisan ini. Walaupun bukan dgn join demo atau ceramah tapi aku BERJUANG didalam laman2 sosial bersama rakan2 parti yang lain.

Tapi aku kini mengambil pendekatan sekadar mengambil tahu dan tidak berlebih2. Bagi aku harapan utk Malaysia Bersih dari lumpur politik ini masih lagi jauh. Apa yang aku ambil tahu skrg cuma hal ehwal politik semasa dan tidak cuba bias kpd mana2 parti. Hal ehwal yg aku sekadar berkongsi utk keluarga aku dan rakan2 terdekat.

Namun apa yg menarik minat aku kali ini bila mana TGHH berminat untuk PAS menjadi penasihat UMNO sekiranya UMNO menukar dasar pemerintahan sekarang ni. Izinkan aku utk gelak guling2 dan menghirup air milo panas didepan aku ni.

Ini pandangan aku.. "seriously ini pandangan seorang aku yg kurang ilmu percaturan politik".
Kata2 ini dipetik dari group whatsapp sababat2 perjuangan : "Berjuang dlm parti berpuluh tahun, tarbiah berpuluh tahun last2 pro liberal pun ada, pro syiah pun ada, perjuangan parti xmenjanjikan org tu istiqamah dgn islam sekadar lambang dan wadah saja.."
Kalau korg tau maksud kata2 ni.. Alhamdulillah sbb itu yg sebenarnya terjadi.
Lambang parti politik ini sekadar mcm platform utk kita bergerak. Kiranya kotor platform tu.. mana mungkin yg berpijak disitu tidak terpalit sama. Mungkin ada yg mencucinya namun sekerap mana? Ya.. aku menyokong parti yg berlandaskan Islam tapi apa maknanya kalau barisan kepimpinannya kurang bijak dalam mencatur jalan politik parti itu? Kerap benar bergabung dan berpecah kemudian menyalahkan gabungan tersebut. Kemudian mengambil langkah yg begitu salah (pd pandangan aku) dgn MENJUAL nama parti utk menjadi penasihat kpd pemerintahan sekarang.

Sejarah parti juga menyatakan bahawa kepimpinan sebelum ini cuba 'mengambil alih' dan bukan cuba utk bergabung kemudian ditipu hidup2. Bukan aku yg kata.. sejarah dah tertulis. Namun tidak berjaya. Kadang2 jalan org atas ini tidak pernah mengambil kira org2 yg dibawah ini. Mereka ini termasuk aku memilih mereka utk membantu suara kami utk diperdengarkan bukan utk dijaja hanya ketika PRU tiba.

Aku berhenti setakat ini kerana hati aku sudah mula menunjukkan tanda2 kemarahan dan akan bias.. Jadi.. Jazakallahu Khairan Kathira..