Pages

Tuesday 1 December 2015

Impian Iphone Lebur..

ari ni dah 1.12.15 and aku still x bayar lagi kat MrGadget utk IPhone 5 aku.. hahaha..
Maknanya hancur lebur impian utk jadik salah seorang pemilik IPhone.. kahkahkah..

Ini semua gara2 kasut Onitsuka. Puuuuiihhh!! rupenye2 promosi beli 1 percuma 1 dah abis.. lgsg duit tu aku belanja makan..

tengok la nnt ada rezeki laen aku kumpul balik duit utk Iphone 6+ plak.. kuang3..

Chiaow!!

Monday 23 November 2015

Iphone Oh Iphone..

Aku dlm dilema.. skang hp yg aku pakai ialah "snsv".. hahaha.. ASUS laaaa.. okay la cuma ni pun hp pinjam dr ipar aku meaning aku ni sbnrnye mmg xde hp..
Nak dijadikan citer Aman bitau kata ada insta jual iphone murah TAPI uk set n kena tunggu dlm 2-3 bulan slps wat payment baru dapat.. tertarik dgn berita tu, aku pun bukak insta tu. Mrgadget nama diberi.. naaah!!! Hamek kau dia punya murah.. x agak2 punye murah.. kalo dh iphone 5s 16gb pun baru 780 mana nk dpt kat luar ni..
Jadik.. bersempena dgn sambutan hari lahir aku yg akn dtg x lama lagi.. aku decide utk pujuk pn misi kasik payung iphone 5 16g je yg cuma berharga RM530.00. Ngeee..
Tp.. yg buat aku dlm dilema ialah.. pn misi nak carik kasut baru utk cik Almera tu.. so rasa mcm xbes plak kalo request iphone 5 tu kalo pn misi dh mula berangan nak kan kasut Cik Almera.. Adeehh..
Kenapa laaa elaun x masuk lagi.. kalo x, xde la aku dok dalam dilema nie..
Haaaaaiisshhhh!!!

Tuesday 3 November 2015

Politik : Nak Jadi Penasihat Pulak

Sebenarnya aku dah lama ignore pasal politik malaysia. Sbb suatu masa dulu aku org yg kuat semangat kepartisan ini. Walaupun bukan dgn join demo atau ceramah tapi aku BERJUANG didalam laman2 sosial bersama rakan2 parti yang lain.

Tapi aku kini mengambil pendekatan sekadar mengambil tahu dan tidak berlebih2. Bagi aku harapan utk Malaysia Bersih dari lumpur politik ini masih lagi jauh. Apa yang aku ambil tahu skrg cuma hal ehwal politik semasa dan tidak cuba bias kpd mana2 parti. Hal ehwal yg aku sekadar berkongsi utk keluarga aku dan rakan2 terdekat.

Namun apa yg menarik minat aku kali ini bila mana TGHH berminat untuk PAS menjadi penasihat UMNO sekiranya UMNO menukar dasar pemerintahan sekarang ni. Izinkan aku utk gelak guling2 dan menghirup air milo panas didepan aku ni.

Ini pandangan aku.. "seriously ini pandangan seorang aku yg kurang ilmu percaturan politik".
Kata2 ini dipetik dari group whatsapp sababat2 perjuangan : "Berjuang dlm parti berpuluh tahun, tarbiah berpuluh tahun last2 pro liberal pun ada, pro syiah pun ada, perjuangan parti xmenjanjikan org tu istiqamah dgn islam sekadar lambang dan wadah saja.."
Kalau korg tau maksud kata2 ni.. Alhamdulillah sbb itu yg sebenarnya terjadi.
Lambang parti politik ini sekadar mcm platform utk kita bergerak. Kiranya kotor platform tu.. mana mungkin yg berpijak disitu tidak terpalit sama. Mungkin ada yg mencucinya namun sekerap mana? Ya.. aku menyokong parti yg berlandaskan Islam tapi apa maknanya kalau barisan kepimpinannya kurang bijak dalam mencatur jalan politik parti itu? Kerap benar bergabung dan berpecah kemudian menyalahkan gabungan tersebut. Kemudian mengambil langkah yg begitu salah (pd pandangan aku) dgn MENJUAL nama parti utk menjadi penasihat kpd pemerintahan sekarang.

Sejarah parti juga menyatakan bahawa kepimpinan sebelum ini cuba 'mengambil alih' dan bukan cuba utk bergabung kemudian ditipu hidup2. Bukan aku yg kata.. sejarah dah tertulis. Namun tidak berjaya. Kadang2 jalan org atas ini tidak pernah mengambil kira org2 yg dibawah ini. Mereka ini termasuk aku memilih mereka utk membantu suara kami utk diperdengarkan bukan utk dijaja hanya ketika PRU tiba.

Aku berhenti setakat ini kerana hati aku sudah mula menunjukkan tanda2 kemarahan dan akan bias.. Jadi.. Jazakallahu Khairan Kathira..

Monday 9 February 2015

Rindu Awak.. Miss U..

Rindu Awak.. Miss U..
Beb, apa yg kau nampak dari perkataan tu? Ada nmpk mcm kau dah gila sgt kat org tu? Ada nmpk mcm kau dh terhegeh2 kat org tu? hehehe..

Ok. ini pendapat profesional dari seorg aku.. Aku akan cite kan melalui apa yg aku rasa dan apa yg aku pernah lalui..

Beb, Rindu yg aku selalu sebut pada Pn Misi selalunya rindu yg rindu.. real punya rindu.. Rindu yg kau mmg nak orang tu dtg dan peluk dan rangkul kau dari belkg.. depan pun xpe.. N rindu aku pd Pn Misi xpernah dpt ditandingi oleh mana rindu yg aku pernah alami walaupun aku KIRANYA ada merindui seseorg yg laen.. NAMPAK TAK.. KIRANYA.. aku ulang.. KIRANYA.. so, dont jump to conclusion yet! Serious! Tatkala aku menulis ni pun, hati aku, darah aku, nafas aku, jari jemari aku, hatta nafsu aku hanya tertumpu dgn rindu aku pada Pn Misi. So korg paham x makna Real punya rindu?

2nd. Rindu syahdu.. Bagi aku, cuma 2 org je yg bleh buat aku rindu syahdu! Ibu n Ayah aku! kau? bukan.. tiada tandingan rindu syahdu ni bila kau rasa ada sesuatu yg kau nak ceritakan, nak kongsikan, nak luahkan, nak ekspresskan.. tapi xde sape nak dgr.. dan Rindu syahdu ni akan dtg bila2.. kadang2 tibe2 je! kadang2 tu xrindu lgsg.. tapi rindu syahdu ni mmg heaven.. bleh buat ku freeze skjp.. bleh wat kau terduduk kejap.. kau akan terfikir skjp apa yg tgh mak bapak kau buat.. sihat ke diorg? dh mkn ke diorg? tp.. yg besnye rindu syahdu.. kau xbleh palsukan dia.. sbb dia dtg dgn ikhlas.. kalo kena masanya beb.. kau bleh mengalir air mata tanpa sebb.. serious!

Ok.. ini bg aku 1 lg kategori rindu yg aku sgt suka! tp aku dh xdpt rasa.. Aku nak interprate rindu ni camne eh? dia bukan rindu yg Real punya rindu.. jauh skali Rindu syahdu.. namun rindu ni bg aku personally amat istimewa sbb kau jarang dapat rasa rindu ni.. mgkn pernah rasa tapi suatu masa yg mendtg dia akan hilang..

Tapi bg aku rindu ni bukanlah ungkapan yg kau perlu ucapkan.. Akan ada masa, rindu itu datang pada kedua2 belah pihak namun xdapat diucapkan. seronok rasa rindu tu kalo kau betol memahami..

Tapi kebanyakan org skrg yg rindu pd couple sume lbey terarah pd nafsu.. eeerrgghhh!!

Saturday 31 January 2015

Nukilan Rasa - O.R.A.N.G.L.A.I.N

Kadang2..
Kau Kena Terima Bila Dah Berpisah
Maknanya Kau Dah Beri Yang Terbaik
Untuk Dia Berubah Menjadi Lebih Baik
Untuk Orang Lain..

#Lyer'A