Pages

Monday 29 September 2014

Aku dan Wiki..

Ari ni mula dari maghrib membawa ke skrg.. aku dan wiki mmg xdpt dipisahkan. Bak kata pepatah, bagai jari telunjuk dan jari hantu..

Ini semua disebabkan oleh kedua Lecturer aku yang baru saja masuk ke alam ke'Lecturer'an. Diorg ni membawa konsep presentation sbg platform utk kitorg membina kekuatan jati diri dan sekaligus belajar berinteraksi dgn penemuduga bila kerja nnt.. itu aggapan aku la.. tp bagus gak sebenarnye.. sbb nnt pun akan ada gak presentation sem bape xigt.. so better berlatih skang!

Kembali pada Aku dan Wiki. selama ni aku xheran sgt pun akan kwwujudan Wiki ni disebabkan tiada kepentingan untuk menerjah wiki tersebut. Namun disebabkan oleh assignment MicroB, aku google nama tokoh2 MicroB ni, n kebanyakannya.. Wiki memberi input yg ringkas dan agak padat. kena dgn semua kehendak assignment aku..

Pehtu buat plak Occu. disease tntg Work related Chest disease. Pun Wiki byk membantu tapi utk tajuk ni aku lbey gemar guna webcrawler. lagi byk link yg akan dia bg berkenaan tajuk aku tu..

Anyway, Tq Wiki sbb byk bg info pada aku ari ni...

Keadaan mata tidak rabak lagi.. cuma hati bertambah bunga2an nye.. ngeeeeee.. ini membuatkan aku bleh tros utk sambung assignment ni.

Ok.. gud Mornite uolls!

Tuesday 23 September 2014

Suck It equal Sakit!!

Setakat saat ini, mata aku, tekak aku, hidung aku.. semua tanpa segan silu mengerahkan tenaga aku untuk merembeskan cecair seperti, air mata, saliva bercampur kahak dan hingus yg xhenti meleleh..

Mata pedih tp xleh tutup, tekak sakit smp xleh nak berckp, hidung mancung gara2 dr pg td dok tonyoh supaya kuarkan rasa ketidakselesaan yg menerobos masuk kedalam ruang nafas aku.

Lagi menambahkan perisa akan cerita Wo Ha aku ini, esok aku ada kelas for the whole day. 9.30am until 6pm. can u guys believed it! uurrgghh!! td dh amek MC kat KK Pasir Panjang. Xmcm isnin yg selalu.. aku gambarkan isnin adalah hari keramaian manusia yang berbondong2 masuk ke KK or Hospital bg melakonkan watak sampingan yg sekiranya berjaya akan mendapat award berupa sehelai kertas Kuning yg ditandatangan oleh Pegawai Perubatan sebagai tanda berjaya menunjukkan potensi mereka sbg pelakon layar. Uurrghh!!

Sambil aku menulis ni, aku berkira2 sudah hampir separuh roll tisu aku tibai utk menyantuni hidung aku ni. Dari gerak kasar hingga membelai lembut aku layan hidung aku ni. kalo pake keetas pasir, kompem dah putih. hilang segala blackhead, whitehead, ape head lg yg kt idong aku ni.

Namun apakan daya, hidup berseorngan membuatkan aku terigt segala apa yg Pn Nurse ajar aku kalo sakit. kira survivor la aku skang ni.. tq Pn Nurse.. Syg awk ketat2!!

Skang dh kol 1am. apa kejadahnye yg aku masih nak hapdet benda2 ni kat blog? mgkn skang aku pilih medium blog kot utk aku ceritakan sglnya.. bersesuaian dgn tajuk blog aku ni.. wechat and facebook aku akan slowly tinggalkan mereka. still tgk moment diorg2 ni tp cuba menahan diri utk like n comment.. Wo Ha!

Kalo ikut byk nk hapdet sbb melimpah ruah idea masuk.. kalo xleh tido mgkn aku akan cuba olah balik jalan cerita mini novel aku "Engkau Milikku?". Dah lama x tgk draft citer tu..

ok guys.. just take a good care of ursf n pls.. go to nearer KK or Hospital to get a check up once u get like my simptom. Rite now viral Denggi n Kencing tikus are spread out!

Mornite!
Assalamualaikum

Monday 22 September 2014

Dalam keramaian, Aku keseorangan Part 3

Hari ni tidak keterlaluan bagi aku utk aku rasa seperti mahu lenyap dari sini. Bulan lari tapi lenyap.. Episod demi episod dari petg smlm membawa kepada ketidakupayaan aku utk tros bertarung bagi memenangkan perasaan aku. Terasa ada something torn apart n i couldnt save it.. tapi persetankan sume tu dulu. Itu perasaan aku.

okay. kembali semula pada idea overnight. Asalnya cuma utk makan di Api-Api, berjln2 mencari buku dan tros ke memanjakan diri di Kolam Air Panas Gadik lepas tu akan segera balik ke confined space. Tapi mcm mana plak bleh timbul idea utk overnight tros di kolam air panas tu xpasti. perbincangan serta perbincangan, toolbox meeting dan seterusnya membawa kepada rumusan yg aku dan mereka2 ini akan lepak tido kat rnr seremban.

Aku nmpk mcm xberseri dan berbunga je citer aku kali ni. mungkin sebb tu kot.. so.. aku putuskan utk stopkan dulu citer tu kat sini sbb tahap adrenalin aku utk menaip dan menyelongkar kata2 pujangga keluar dari arked akal tidak tinggi. cukup sekadar utk menulis mcm2 ni je.. huhu..

Sunday 21 September 2014

Dalam keramaian, Aku keseorangan Part 2

Akibat dari keletihan yg xtahu kemana penghujungnya, aku ambil keputusan utk bermalas-malasan. Setelah menjadi surirumah sepenuh masa hari ni, aku amek kptsn utk basuh kete. Tapi anatomy badan aku yg masih blom cergas sepenuhnya menidakkan fikiran aku utk membasuh kereta sendiri. setelah bertempur bersama akal dan nafsu, maka nafsu menang utk ke berapa juta kali pun aku xtau.. So skang aku ada kat Car wash. Nafsu memandu arah bagai GPS utk ke car wash berdekatan.

Panjang x intro kali ni? semestinya.. hahaha!

ok utk Part 2, aku akan cerita aktiviti slps kami mentekedarah kat Api-Api. Sblm itu izinkan aku utk ceritakan mcm mana bleh decide utk ke Api-Api. nmpk x? hahaha.. Ok. Sbnrnya aku dh lama janji ngan diorg ni iaitu mereka2 ini yg girang memfollow aku. So bila duit PTPTN diorg dh masuk, aku secara xlgsg merasai sedikit rasa kegembiraan mereka. hehe..! Dan rancangannya hanya lah untuk gi makan kat Api-Api dan g MPH or Popular sbb nak carik buku rujukan utk Semester ini. Tapi akibat dari duit PTPTN yg meminta utk dibebaskan dari ATM, dicampur pula dgn salah seorg dari kami yg xpernah seumur hidupnya overnite (yg ni rare.. aku citer kendian), maka terpacullah idea bernas dari aku utk membuat aktiviti overnite ini. Mcm dh jauh ni..

Kembali pada entry asal.. slps mereka2 ini memanjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa atas kurniaan kenyang yg diberi, lantas kami meng 'move on' kan diri kami ke bangunan yang xjauh dimata, namun jauh kiranya berjalan, iaitu AEON Melaka Sentral.

Kesejukan menyelimuti tubuh aku dan mereka2 ini sejurus masuk melalui pintu ajaib kira aku. (ini benar.. sbb suatu masa dulu ketika aku kecil aku terkejut dan lari bila masuk ke pintu ini. seingat aku masa tu di sebuah Hotel di Pulau Mutiara.) Aku berkira2 utk teman mereka2 ini masa kat dalam AEON. Namun hati aku ini membentak utk berseorangan. Ada sesuatu yg xkena sejurus aku masuk ke sini! Aku berhujah dlm diri melawan juri2 nafsu supaya tidak buat perkara pelik disini. Lantas keputusan diambil dan aku mencari Popular seorg diri. Ceh! igtkan jauh.. tp rupanya xsempat mata berkedip dan tangan blom melepas erat cable eskelator, tros aku nmpk Popular.

Ketika itu, aku seakan yakin, ada dikalangan mereka2 ini yg telah memenangkan nafsu utk menyahut kegilaan. ATM nmpk dekat dihati mereka apatah lagi bila berdepan dgn mesin ini, pasti rasa berbunga2 bila dpt bertemu mata dgn angka2 yg akan keluar. Aku pasti ada juga diantara mereka yg sedang mencongak2 utk memenangkan KEHENDAK dan menewaskan KEPERLUAN. Akal tidak dpt berfungsi dgn lancar kerana aura ATM ketika bertemu mata amat cerah. Kebarangkalian utk menekan RM yg lebih dari sepatutnya cukup tinggi. Hanya Iman dan Taqwa sendiri shj yg dpt menidakkan nafsu tersebut. Maka keputusan KEHENDAK yg menang atau kalah tidaklah aku ketahui.. Hush!

Sekembali mereka2 ini dari bercengkerama dgn mesin duit tersebut, dan RM pun bertukar hak, aku anjurkan mereka tros ke POPULAR. Aktiviti ini agak kurg menyeronokkan sbb beli buku, bukan beli baju.. Tahap adrenalin dan nafsu sekadar suam2 kuku. Tidak ada langsung rasa ghairah diantara kami utk mencari buku rujukan, cuma ada dikalangan mereka2 ini yg 'excited' lebih sket sbb nak cari novel.. hahahaha.. nmpk x? betapa novel ini dpt menentukan tahap excitednya seseorg dlm toko buku. Kehulu ke hilir smbl membantu mereka2 ini mencari buku rujukan, tiba2 tanpa diundang 'rasa' itu kembali. Untuk mencari perkataan khusus untuk 'rasa' itu mmg tidak ada dlm bahasa melayu setakat aku belajar ni. Tapi kalo di'interprate'kan dlm bahasa omputih.. 'rasa' itu hampir kepada 'lost'..

Mereka2 ini ketika itu sudah ada yg berpecah. Yg group cari baju ada, group cari awek ada, group cari novel ada dan yg bes group xtau nak wat ape pun ada. hahaha.. utk aku join group cari baju nmpk mcm tipu. kahkahkah.. nak join group cari awek mcm xsesuai ditambah aku dah ada awek dan isteri a.k.a Pn Nurse a.k.a AKAK bak kata mereka2 ini! dimata dan dihati.. mata hati! Apa pula gilanya aku nak join group cari novel sdgkan kalo xsilap aku sudah 3 tingkat laci penuh dgn novel Pn Nurse. Haram aku nak baca. Ngeeee.. So aku amek keputusan utk join group xtau nak wat ape. hahaha! mmg terbaeek! duduk dikerusi, masing2 memegang lahanat yg bernama smartphone smbl membaca moment dan update status di FB mungkin. Aku usha jugak kot2 ada yg nak berselfie ketika itu. Hampa. Aku kembali ke ruang nyata dan sekonyong2 itu, 'lost' kembali menghantui!! DAMN!! Ini membuatkan aku rasa seperti dikhianati oleh diri sendiri setelah ada seorg diantara mereka yg dgn selambanya meng'snap' aku ketika itu. kenapa tidak semasa aku gembira? kenapa tidak masa aku bersuka ria? kenapa tidak masa aku berpura2 senyum dn bahagia bersama mereka. Persetankan semua itu. ergh!!

Aku ketika itu xtau apa yg ketika itu bermastautin diakal fikiran aku. 'lost'membawa aku "terobek" (bak kata budak2 skang). Setelah lama mencuba utk menyelesaikan masalah 'lost' aku, tiba2 aku terasa paham apa makna 'lost' itu.. Ya.. aku pasti! dan aku yakin itu lah yg menyebabkan 'lost' itu tanpa segan silu bertamu diruang fikiran aku. Kini aku faham dan cuba menyelusuri jauh ke sudut kenangan dan separa khayalan aku utk membenarkan akal aku men'digest'kan makna 'lost' tersebut. Perlahan2 aku dpt menerima 'rasa' itu dlm fikiran aku. Aku buka seluas2nya pintu kenangan dari alam realiti aku utk terus tetapkan 'rasa' itu ke akal dan hati aku. Hanya aku dan Allah yg tahu.
Peeeeerrghhhh!!!

Sebenarnya.. Dalam Keramaian.. Aku Keseorangan..

P/S : Selesai je aku taip Part 2, Almera aku pun siap sudah digilap oleh brader hensem car wash tersebut..

Dalam keramaian, Aku keseorangan.. Part 1

Ari ni baru dpt rilekkan badan stlh 2 hari aktiviti back to back ngan budak2 DOSH. Keletihan yg hanya dpt dizahirkan dgn tidur yg mati tanpa kesedaran untuk 6 jam..hancor subuh aku!!

Bermula jumaat ptg kami ber 11 bergerak dari Confined Space ke Melaka. berbekalkan 3 kereta dan duit PTPTN Sem 2 mereka2 yg mntk dibelanjakan, kami bergerak ke Melaka dgn hati girang. Kemungkinan besar duit PTPTN byk memainkan peranan dlm mewujudkan rasa seronok berkenaan dalam hati mereka2 ini.. hahaha!

Api-Api.. ini destinasi pertama kami setelah menempuhi jammed. Aku, driver, membawa 4 org anak dara yg telah diamanahkan kpd aku utk menjaga mereka. Apa yg terjadi pada mereka dalam waktu ini, akan menggambarkan betapa berkaliber atau tidak aku sebagai seorg lelaki yg bergelar PRESIDEN KELAB. Peeerrgghh!!. erk? Kembali pada jammed td.. Aku mmg dah menyimpan dan bersedia utk menghamburkan kata2 kesat pada watak2 pemandu malaysia yang kebanyakannya mcm pokok pisang, "ada jantung, tapi xde hati.." ayat ni aku kopipes dr mana ntah masa aku dok layan FB. huhu.. Namun disebabkan aku ni seorg PRESIDEN KELAB dan juga seorg yg MATURED pd pandangan anak2 dara ini, aku simpan dn tutup ketat2 ayat nista yg ingin diucapkan.. cuma sekadar keluhan ringan berupa 'adoyai, ape laa, ish ish'.. Matured kan? Huh!

Apa yg aku lalutkan ini? Perenggan Api-Api, tp cite pasal jammed dan hal aku sbg seorg MATURED. Hahaha..

Kembali pd Api-Api.. stlh parking cantek sambil kepala menoleh ke arah restoran tersebut yg agak lengang, aku dan mereka2 semua pun bersama bergerak ke dalam restoran. Terus ke kaunter dan bertanyakan tentang booking aku pg td. Dalam keadaan separa sedar dan ala2 kusam, kaunter boy pun cek aku nye booking. Ada! Alhamdulillah.. riso jugak kalo xde.. xkan la Tuan Presiden Kelab bleh melakukan kesilapan sebegitu rupa.. Bagus!

Setelah masing2 mengambil tempat dan cawan, berhamburlah mereka2 ini mencari makanan kegemaran. Ada yg prefer steamboat, ada yg nak bakar aje. Dan aku? Cukup sekadar Lamb yg dibakar dan Maggi yg dicelur kemudian dicompresskan skali dgn lamb sedang-sedang aje masaknye.. Kelazatan? Enak tidak terkata.. stlh 3-4 kali ulang-alik ke freezer lamb, aku layankan budak2 ni.. perutku masih meminta utk diisi dan Lamb dlm freezer pun seakan memutarkan lagu "Aku masih disini" utk menyatakan bahawa masih byk lg Lamb yg belum aku bakar. Urgh!!

Nmpk x? permainan aku dalam mengolah jalan cerita.. mcm xde kena mengena langsung dgn tajuk. hahahaha!! Namun ia berkesan utk entry yg mula setelah 5,6 bulan xdihapdetkan. kuang3x!

Sebenarnya.. Dalam keramaian itu.. Aku keseorangan!!